Preparing your child for preschool.Persediaan ke tadika/prasekolah
Bahang jualan murah ke sekolah sudah mula dibuka.Bila ditanya kepada anak-anak kecil sama ada sudah bersedia ke sekolah.Berbagai reaksi yang kita perolehi.Ada yang tidak sabar dan ada juga takut(mungkin suasana ini sudah jarang kita lihat memandangkan anak-anak kecil zaman sekarang sudah terbiasa dengan persekitaran bergaul dengan sesiapa sahaja.Memandangkan kebanyakan ibu bapa sekarang sama-sama keluar bekerja.Mereka telah di hantar ke pusat asuhan sejak kecil lagi).
Untuk kanak-kanak yang sudah terbiasa bergaul dengan orang luar(selain keluarga).Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah untuk mereka ke sekolah.Bagi kanak-kanak yang terdiri dari anak tunggal,bongsu dan sulung.Berikut tips dan panduan yang boleh ibu bapa ajarkan(mungkin tips yang diberi terlalu sedikit dari pengetahuan tuan/puan yang lebih maklum berkait tentang perkembangan anak anda *hanya sekadar berkongsi).**fokus 4 hingga 6 tahun
1.kebiasanyaan sesetengah tadika mengambil masa lebih 2 minggu atau sebulan tempoh orientasi.Oleh itu, kebiasaanya soalan atau tema yang akan dipelajari kanak-kanak di sekolah sudah tentu seperti;diri saya,keluarga saya,rumah saya,jiran saya.Jadi bantu anak anda mengenali diri mereka dan perkara terdekat di sekitar dengan lebih terperinci.Mungkin gelaran seperti nama saya adik.Pada jangkaan segelintir daripada kita, dikira ok.Tetapi pihak guru terutamanya akan berasa anak anda sudah bersedia.Jika anak anda memberi jawapan seperti ini.Nama saya Haikal Bin Razak,i’m boy,umur saya 5 tahun.
2.Tidak mungkin dalam tempoh ini lembaran kerja diberikan kepada anak-anak untuk dibawa pulang kerumah.Oleh itu,jangan pelik apabila anda menyoal anak-anak anda mereka hanya tahu bermacam-macam lagu kanak-kanak.Bukankah kanak-kanak seusia dini ini,lebih mudah teransang dengan pembelajaran sambil bermain.
3.Beri peluang kepada pihak guru dan sekolah melakukan kerja mereka.Cadangan yang bernas adalah mengusulkan kepada pihak sekolah dengan cara berkhemah dan bukan memalukan.Jika anda seorang doktor mungkin anda adalah sifu dibidang anda.Begitu juga dengan pihak guru dan sekolah mereka melalui proses pendidikan yang bermacam-macam.Mereka adalah orang yang mentelaah kurikulum bertahun-tahun dengan kerenah kanak-kanak yang pelbagai usia,bangsa dan sebagainya.
4.Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak ibu bapa yang sudah membekalkan persediaan ilmu untuk anak anda sebelum ke sekolah.Sekali imbas pasti kita akan lihat kerja di peringkat guru akan mudah.Benar tetapi itu bukan hasrat utamanya.Ini kerana masih terdapat kanak-kanak masih terlalu bergantung dan terlalu manja.Pastikan perkara-perkara mudah seperti mereka boleh memakai pakaian dan seluar sendiri,boleh menguruskan diri di tandas ,dalam erti kata lain mereka tidak lagi memakai lampin pakai buang.Selain itu,ajarkan mereka menulis perkara-perkara yang mudah.Seperti;sarah binti aiman,lima tahun.Jika anak anda sudah memiliki kemahiran sebegini,guru akan meletakkan anak anda bertindak as a leader kepada rakan-rakan yang belum menguasai.*ingat dijepun mereka lebih menekankan adab sebelum pelajaran (manners before knowledge).
4.Mungkin ya ,memberi buku mewarna dikira anda juga melakukan persediaan kepada anak anda.Sebenarnya itu tidak cukup.Ini gambaran saya sahaja.saya pernah melihat kanak-kanak 4 tahun yang betul-betul sudah bersedia ke sekolah.Dia bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan baik,kebanyakan doa-doa yang mudah serta surah lazim juga sudah dihafal,boleh mewarna dengan baik,tulisanya boleh bergerak sendiri tanpa melalui proses pre-writing,akademiknya seperti pengetahuan dalam nombor dan nilai 1 hingga 10 serta mengenal abjad a-z.(ingat mengenal nombor bukan bermaksud anak anda boleh menyebut nombor itu sahaja,malah mereka mengetahui nilai dan angka tulisanya)
5.Ajarlah lagu kanak-kanak yang mudah kepada anak anda.Perkara ini menjadi satu bonus disekolah.Ini kerana kebanyakan lagu kanak-kanak tidak jauh beza dengan apa yang mereka dengari di rumah.Pengetahuan sedia ada membuatkan mereka lebih yakin.
6.Ajarlah mereka solat dan doa-doa yang mudah.Bagi yang bukan muslim ajarlah nilai-nilai moral yang boleh mereka bawa ke sekolah.Hati kanak-kanak bersifat jernih.Banyak makanan rohaninya banyak kemudahanya untuk mereka mendalami ilmu di sekolah.
7.Khasnya untuk kanak-kanak 6 tahun yang bakal menganjak ke tahun satu.Jika anak anda masih menyanyi abc dan nombor 123.Bantulah mereka keperingkat yang lebih sukar.Bantu mereka mengenal suku kata.Kebanyakan buku-buku di pasaran sudah membantu kanak-kanak belajar dengan mewarnakan setiap suku kata dengan warna-warna yang berbeza.
8.Selamat mencuba dan selamat menghantar anak anda kesekolah.hihi