Storytelling with your kids / Bercerita dengan kanak-kanak

BERCERITA

Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita.Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu.

Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semula setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Guru pula perlu menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Dari situ guru boleh membantu kanak-kanak ‘mengembara’ ke dalam dunia imaginasi dengan mendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan.Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa.Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut ‘harimau meNGAUM’ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan ‘ngauman’ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jika guru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam.Suasana bercerita dan mendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di samping mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh memberi arahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mula bercerita. Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul.


 PERKEMBANGAN PERTUTURAN.

Empat komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak yang melibatkan pertuturan:

A)Perkembangan fonologi iaitu pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan.
B)Perkembangan semantik iaitu pemahaman makna perkataan dan kombinasi perkataan.
C)Perkembangan tatabahasa iaitu bentuk atau struktur bahasa.
D)Perkembangan pragmatik iaitu gaya sesuatu perkataan digunakan dalam sesuatu perbualan,mengikut konteks dan budaya

BAHASA DALAM KURIKULUM PRASEKOLAH

Bahasa amat penting dan digunakan dalam semua bidang.Kemahiran bahasa dan komunikasi memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu mendengar,bertutur,membacadan menulis.Walau bagaimanpun,kemahiran mendiskriminasi dan mengingat adalah penting bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis.Kejayaan aktiviti berbahasa adalah bergantung kepada kefahaman bahasanya kerana kanak-kanak belajar mengingat,menyimpan dan memindahkan maklumat melalui bahasa.






Popular posts from this blog

Basic concepts of visual art / Pendidikan seni visual

Happy fathers day / selamat hari bapa