Posts

Showing posts from 2017

Effective Classroom Environment / Bilik darjah yang berkesan

ANTARA FAKTOR-FAKTOR  YANG MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH YANG BERKESAN Bagi merangsang iklim bilik darjah yang berkesan dan memberi impak positif kepada para pelajar terdapat beberapa hal yang boleh menjadi faktor pendorong antaranya: A)KELENGKAPAN PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERALATAN Kanak-kanak belajar dengan melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.Mereka hendaklah dibenarkan meneroka persekitaran mereka dalam keadaan selamat dan merangsang proses pembelajaran melalui peluang membuat pilihan.,pemerhatian,melibatkan diri secara terus dan mencuba-cuba sesuatu.Persekitaran fizikal yang lengkap dengan peralatan yang pelbagai sebagai bahan pembelajaran dapat memberi pengalaman menyentuh,merasa,mencium bau,mendengar,melihat dan memerhati sesuatu dalam persekitaran tersebut.Pengalaman sebegini dapat menyumbang kepada proses pembelajaran yang mantap di peringkat awal kanak-kanak.Selain membantu perkembangan intelek dan sosioemosi,persekitaran tersebut hendaklah memenuhi keperluan p

Storytelling with your kids / Bercerita dengan kanak-kanak

BERCERITA Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita.Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu. Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk berceri

Basic concepts of visual art / Pendidikan seni visual

KANDUNGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Melalui pusat perkembangan kurikulum kementerian pelalajaran Malaysia 2007 terdapat 4 kegiatan yang telah dirumuskan berkaitan dengan pendidikan seni visual.Iaitu: Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraft traditional Perlu diketahui bahawa dalam menjalankan kegiatan Membuat rekaan dan corak. Guru terutamanya harus memiliki pengetahuan dalam asas-asas seni reka.Dalam sukatan pembelajaran pendidikan seni visual- KBSM. Asas-asas seni reka terdiri daripada: UNSUR-UNSUR SENI REKA Garisan   Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna PRINSIP – PRINSIP REKAAN Harmoni Kontra Penegasan Imbangan Irama Dan Pergerakan Kepelbagaian kesatuan