Effective Classroom Environment / Bilik darjah yang berkesan
ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH YANG
BERKESAN
Bagi merangsang iklim bilik darjah yang berkesan dan memberi
impak positif kepada para pelajar terdapat beberapa hal yang boleh menjadi faktor
pendorong antaranya:
A)KELENGKAPAN PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERALATAN
Kanak-kanak belajar dengan melibatkan
diri dalam sesuatu aktiviti.Mereka hendaklah dibenarkan meneroka persekitaran
mereka dalam keadaan selamat dan merangsang proses pembelajaran melalui peluang
membuat pilihan.,pemerhatian,melibatkan diri secara terus dan mencuba-cuba
sesuatu.Persekitaran fizikal yang lengkap dengan peralatan yang pelbagai
sebagai bahan pembelajaran dapat memberi pengalaman menyentuh,merasa,mencium
bau,mendengar,melihat dan memerhati sesuatu dalam persekitaran tersebut.Pengalaman
sebegini dapat menyumbang kepada proses pembelajaran yang mantap di peringkat
awal kanak-kanak.Selain membantu perkembangan intelek dan
sosioemosi,persekitaran tersebut hendaklah memenuhi keperluan pergerakkan
seperti peluang merangkak,melompat,berlari dan sebagainya.Melalui aktiviti
bergerak dan meneroka,kanak-kanak berpeluang mengenal ciri-ciri objek seperti
warna,bentuk,tekstur dan berat di persekitaran mereka.
B)PERSEKITARAN YANG TERSEDIA
Persekitaran yang menggalakan
perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan
yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila
kanak-kanak memerlukanya.Bagi tujuan ini,bahan pembelajaran perlu dipilih
disusun dengan teliti supaya kanak-kanak tertarik menerokai dan menggunakanya
mengikut minat dan keperluan perkembangan mereka.Meja dan kerusi perlu bersaiz
kank-kanak dan selesa untuk digunakan oleh mereka.Peranan guru adalah menunjuk
ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai,iaitu
apabila seseorang kanak-kanak menunjukkan kesedianya dengan menanya soalan
ataupun memerhati.
C)PENYUSUNAN RUANG DAN ALATAN
a) Mudah alih
Peralatan yang disusun mudah alih bagi kegiatan atau
aktiviti tertentu di ruang tersebut.
b) Jauhkan pusat yang bising daripada pusat yang senyap
Pusat blok dan pusat drama merupakan
pusat yang menghasilkan bunyi bising apabila kanak-kanak berinteraksi semasa
berada di pusat ini.Aktiviti seperti membaca memerlukan
keadaan senyap supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tanpa
gangguan.Pusat blok dan drama boleh disusun berdekatan,manakala pusat bahasa
bacaan ataupun pusat teknologi(komputer) perlu disusun jauh daripada pusat
tersebut.
c) Pelbagai guna
Ruang tersebut boleh digunakan bagi
menjalankan pelbagai aktiviti.Begitu juga dengan alatan yang baik adalah
pelbagai guna.Misalnya rak mainan ia bukan sekadar menyimpan mainan tetapi ruang
belakangnya boleh dijadikan papan buletin bagi menampal hasil kerja
kanak-kanak.
d)Peralatan,rak dan perabot mempunyai
saiz dan ketinggian yang sesuai dengan kanak-kanak
Pamer dan susun alatan pada ketinggian
yang dapat dicapai,supaya mereka tahu dan dapat lihat apa pilihan yang
sesuai.Ini termasuklah ketinggian papan buletin dan juga poster yang ditampal
perlu pada paras penglihatan kanak-kanak.
e)Pusat berdekatan dengan sumber
tertentu
Pusat yang ditentukan perlu berdekatan
dengan sumber yang berkaitan dengannya.Contohnya,pusat lukisan memerlukan
keperluan air.Letakkanya berdekatan dengan paip.
f)Asingkan bahan guru daripada bahan
kanak-kanak
Asingkan bahan permainan ataupun
rangsangan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak tanpa penyeliaan daripada
bahan yang akan digunakan bagi aktiviti pengajaran tertentu,yang memerlukan
penyeliaan tenaga pengajar.
g)Mudah selia
Pastikan guru dapat melihat semua pusat
di dalam kelas supaya aktiviti dan keselamatan kanak-kanak dapat
diawasi.Sekiranya terdapat perabot dan alat pengasingan antara pusat,pastikan
ketinggian alat tersebut tidak terlalu tinggi sehingga menjejaskan penglihatan
guru.
h)Bersih dan penggudaraan yang baik
Ruang tersebut mesti bersih,tidak
terlalu sempit oleh pelbagai perabot,pencahayaan yang cukup dan penggudaraan
yang baik.
i)Pola trafik yang memudahkan
pergerakkan kanak-kanak
Susunan perbot dan alatan hendaklah
memudahkan pergerakkan guru dan kanak-kanak daripada satu kawasan ke kawasan
yang lain.Elakkan ruang yang terlalu luas atau terbuka sehingga menyebabkan
kanak-kanak berlari di ruang tersebut.Elakkan ruang yang terlalu sempit dan
sesak sehingga menyebabkan kanak-kanak terlanggar.Bagi menggelakkan
kesesakkan,keluarkan perabot yang tidak penting dan jarang digunakan.Pastikan
bahan yang mudah pecah tidak disusun di tengah laluan kanak-kanak.Contohnya
akuarium sebaiknya disusun di tepi dinding.
D)MASA MELAKUKAN AKTIVITI
Kanak-kanak memerlukan masa untuk
meneroka bahan pembelajaran melakukan aktiviti dan menghasilkan
sesuatu.Benarkan cukup masa untuk mereka meneroka,mencuba-cuba,menyoal,mencari
jawapan dan berbincang dengan orang deasa ataupun rakan sebaya ketika
menjalankan aktiviti.
E)KURIKULUM YANG PELBAGAI DAN SEIMBANG
Pengalaman yang pelbagai daripada segi
bahan pembelajaran,jantina,budaya dan bangsa melatih kanak-kanak berfikir
secara terbuka dan mudah suai.Kanak-kanak perlu suasana terbuka dan pelbagai
bagi membentukkan kemahiran berfikir secara kritis dan mencipta sesuatu hasil
yang kreatif dan istimewa.
Kurikulum yang membenarkan kanak-kanak
mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan mereka adalah
kurikulum yang seimbang,iaitu merangkumi pelbagai aktiviti yang sibuk seperti
menyanyi ataupun menari dan tenang seperti mendengar puisi ataupun muzik berbentuk
klasik sambil berehat.