Effective Classroom Environment / Bilik darjah yang berkesan
ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH YANG BERKESAN Bagi merangsang iklim bilik darjah yang berkesan dan memberi impak positif kepada para pelajar terdapat beberapa hal yang boleh menjadi faktor pendorong antaranya: A)KELENGKAPAN PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERALATAN Kanak-kanak belajar dengan melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.Mereka hendaklah dibenarkan meneroka persekitaran mereka dalam keadaan selamat dan merangsang proses pembelajaran melalui peluang membuat pilihan.,pemerhatian,melibatkan diri secara terus dan mencuba-cuba sesuatu.Persekitaran fizikal yang lengkap dengan peralatan yang pelbagai sebagai bahan pembelajaran dapat memberi pengalaman menyentuh,merasa,mencium bau,mendengar,melihat dan memerhati sesuatu dalam persekitaran tersebut.Pengalaman sebegini dapat menyumbang kepada proses pembelajaran yang mantap di peringkat awal kanak-kanak.Selain membantu perkembangan intelek dan sosioemosi,persekitaran tersebut hendaklah memenuhi keperluan p