Storytelling with your kids / Bercerita dengan kanak-kanak
BERCERITA Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita.Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara individu. Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk berceri